Jumaat, 19 Mac 2010

Pelantikan Pengawas SK Dato' Bandar Rasah



Watikah pelantikan bagi pengawas SK Dato' Bandar Rasah disempurnakan oleh guru besar,En. Mohd Idrus b. Ab Wahab pada 7 Februari 2010.Seramai 50 orang murid telah dilantik menjadi pengawas bagi tahun 2010.

Pelantikan Pustakawan


Watikah pelantikan pustakawan bagi tahuin 2010 telah diadakan pda 8 Mac 2010.Seramai 30 orang pustakawan telah menerima watikah yang telah disampaikan oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,En. Mad Yunus b. Ismail.Majlis tersebut diadakan semasa perhimpunan rasmi sekolah.Ikrar diketuai oleh Noor Aiza Izzati bt. Mahmod.

Teknik Memproses Buku


Pusat Sumber Sekolah SK Dato' Bandar Rasah telah mengadakan kursus pendek kepada guru-guru AJK perpustakaan mengenai teknik memproses buku-buku perpustakaan pada Mac 2010.Penerangan telah disampaikan oleh guru perpustakaan,Pn. Karith dengan dibantu oleh guru media perpustakaan.Sambutan dari AJK amat mengalakkan.

Program Keserasian Tahun 4 SK Dato' Bandar Rasah


Program Keserasian Tahun 4 telah diadakan pada 22 Januari 2010 bertempat di Makmal ICT SK Dato' Bandar Rasah.Matlamat program ini ialah menanam budaya cemerlang dalam diri pelajar supaya ia dapat berkembang secara positif ke arah pembentukan insan yang seimbang dari segi emosi,rohani,jasmani dan intelek.Sasaran program ini ialah kepada semua murid tahun 4.Ketua Panitia dan guru mata pelajaran bertindak sebagai penceramah bagi mata pelajaran BM,BI,Matematik,Sains,Kajian Tempatan,Kemahiran Hidup dan Sivik.

Isnin, 31 Ogos 2009

Perasmian Bulan Kemerdekaan

Perasmian Bulan Kemerdekaan yang ke-52 Peringkat Sekolah dirasmikan oleh Guru Besar SKDBR , En. Mohd Idrus b. Ab Wahab,pada17 Ogos 2009.Aktiviti - aktiviti bulan kemerdekaan dirancang bersama Panitia Sivik dan Kewarganegaraan, Panitia Kajian Tempatan, Panitia Pendidikan Seni dan Panitia Pendidikan Muzik.Diantara aktiviti yang dijalankan ialah nyanyian lagu patriotik, pertandingan mewarna, pertandingan buku skrap dan lain - lain.

Program Pecutan Terakhir UPSR


SKDBR telah mengadakan program " Pecutan Terakhir UPSR "bagi semua calon UPSR 2009.Program ini diadakan pada 5 Ogos 2009 bertempat di PJ Perdana,Paroi.Penceramah yang dijemput khas terdiri daripada En. Shahrin b. Kamarudin ( Penyelia Unit HEM JPNS ), Tuan Haji Zulkifli b. Haji Maulud ( Pensyarah IPRM ) dan Pn. Inah Kuala bt. Abdullah ( Guru Bimbingan dan Kaunseling SMK Puteri ) yang bermula seawal 8.30 pagi sehingga 5.00 petang.Calon - calon UPSR didedahkan dengan pelbagai ilmu.



.....semoga dengan pelbagai program yang telah dijalankan untuk kebaikan calon akan membuahkan keputusan yang memberansangkan!!..

MILO percuma??


Enaknya dapat minum MILO percuma...
~ tajaan NESTLE!! ~