Isnin, 31 Ogos 2009

Perasmian Bulan Kemerdekaan

Perasmian Bulan Kemerdekaan yang ke-52 Peringkat Sekolah dirasmikan oleh Guru Besar SKDBR , En. Mohd Idrus b. Ab Wahab,pada17 Ogos 2009.Aktiviti - aktiviti bulan kemerdekaan dirancang bersama Panitia Sivik dan Kewarganegaraan, Panitia Kajian Tempatan, Panitia Pendidikan Seni dan Panitia Pendidikan Muzik.Diantara aktiviti yang dijalankan ialah nyanyian lagu patriotik, pertandingan mewarna, pertandingan buku skrap dan lain - lain.

Program Pecutan Terakhir UPSR


SKDBR telah mengadakan program " Pecutan Terakhir UPSR "bagi semua calon UPSR 2009.Program ini diadakan pada 5 Ogos 2009 bertempat di PJ Perdana,Paroi.Penceramah yang dijemput khas terdiri daripada En. Shahrin b. Kamarudin ( Penyelia Unit HEM JPNS ), Tuan Haji Zulkifli b. Haji Maulud ( Pensyarah IPRM ) dan Pn. Inah Kuala bt. Abdullah ( Guru Bimbingan dan Kaunseling SMK Puteri ) yang bermula seawal 8.30 pagi sehingga 5.00 petang.Calon - calon UPSR didedahkan dengan pelbagai ilmu.



.....semoga dengan pelbagai program yang telah dijalankan untuk kebaikan calon akan membuahkan keputusan yang memberansangkan!!..

MILO percuma??


Enaknya dapat minum MILO percuma...
~ tajaan NESTLE!! ~

Ahad, 30 Ogos 2009

Ceramah Pendidikan Keselamatan Jalan Raya


Pada 22 Julai 2009, pihak sekolah telah menjemput pegawai dari Jabatan Keselamatan Jalan Raya N.Sembilan iaitu En. Nazri untuk menyampaikan ceramah mengenai " Keselamatan Jalan Raya ".Semua murid Tahap 1 dan Tahap 2,terlibat dalam program ini.Murid - murid begitu berminat dengan ceramah yang disampaikan dan ini dapat dibuktikan apabila ramai murid yang mengajukan soalan semasa sesi soal jawab.Selain mendengar ceramah,murid - murid juga berpeluang menyaksikan pameran yang disediakan di balai ilmu.

Ceramah Gangguan Seksual


SKDBR telah mengadakan program " Ceramah Gangguan Seksual "pada 1 Julai 2009. Ceramah yang diadakan di dewan sekolah disertai oleh murid - murid Tahap 2 dan guru - guru. Pihak sekolah telah menjemput Pn. Elizabeth Chong, JU Pendidikan Seksual Kebangsaan menyampaikan ceramahnya. Murid - murid mendapat penerangan yang jelas mengenai gangguan seksual yang sering berlaku sama ada di rumah, sekolah, tempat kerja dan lain - lain.