Isnin, 31 Ogos 2009

Perasmian Bulan Kemerdekaan

Perasmian Bulan Kemerdekaan yang ke-52 Peringkat Sekolah dirasmikan oleh Guru Besar SKDBR , En. Mohd Idrus b. Ab Wahab,pada17 Ogos 2009.Aktiviti - aktiviti bulan kemerdekaan dirancang bersama Panitia Sivik dan Kewarganegaraan, Panitia Kajian Tempatan, Panitia Pendidikan Seni dan Panitia Pendidikan Muzik.Diantara aktiviti yang dijalankan ialah nyanyian lagu patriotik, pertandingan mewarna, pertandingan buku skrap dan lain - lain.

Program Pecutan Terakhir UPSR


SKDBR telah mengadakan program " Pecutan Terakhir UPSR "bagi semua calon UPSR 2009.Program ini diadakan pada 5 Ogos 2009 bertempat di PJ Perdana,Paroi.Penceramah yang dijemput khas terdiri daripada En. Shahrin b. Kamarudin ( Penyelia Unit HEM JPNS ), Tuan Haji Zulkifli b. Haji Maulud ( Pensyarah IPRM ) dan Pn. Inah Kuala bt. Abdullah ( Guru Bimbingan dan Kaunseling SMK Puteri ) yang bermula seawal 8.30 pagi sehingga 5.00 petang.Calon - calon UPSR didedahkan dengan pelbagai ilmu.



.....semoga dengan pelbagai program yang telah dijalankan untuk kebaikan calon akan membuahkan keputusan yang memberansangkan!!..

MILO percuma??


Enaknya dapat minum MILO percuma...
~ tajaan NESTLE!! ~

Ahad, 30 Ogos 2009

Ceramah Pendidikan Keselamatan Jalan Raya


Pada 22 Julai 2009, pihak sekolah telah menjemput pegawai dari Jabatan Keselamatan Jalan Raya N.Sembilan iaitu En. Nazri untuk menyampaikan ceramah mengenai " Keselamatan Jalan Raya ".Semua murid Tahap 1 dan Tahap 2,terlibat dalam program ini.Murid - murid begitu berminat dengan ceramah yang disampaikan dan ini dapat dibuktikan apabila ramai murid yang mengajukan soalan semasa sesi soal jawab.Selain mendengar ceramah,murid - murid juga berpeluang menyaksikan pameran yang disediakan di balai ilmu.

Ceramah Gangguan Seksual


SKDBR telah mengadakan program " Ceramah Gangguan Seksual "pada 1 Julai 2009. Ceramah yang diadakan di dewan sekolah disertai oleh murid - murid Tahap 2 dan guru - guru. Pihak sekolah telah menjemput Pn. Elizabeth Chong, JU Pendidikan Seksual Kebangsaan menyampaikan ceramahnya. Murid - murid mendapat penerangan yang jelas mengenai gangguan seksual yang sering berlaku sama ada di rumah, sekolah, tempat kerja dan lain - lain.

Sabtu, 13 Jun 2009

Kursus Kepimpinan Pelajar '09

















Kursus Kepimpinan Pelajar '09 SKDBR telah diadakan pada 6 Mei '09 bertempat di dewan sekolah. Seramai 118 orang murid menghadiri kursus tersebut yang terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pustakawan, Ketua Darjah, dan Pengerusi Persatuan,Kelab dan Badan Beruniform. En. Tamyes b. Saimun, Guru Besar SK Rahang, telah dijemput untuk menyampaikan ceramahnya pada hari tersebut. Ceramah yang disampaikan adalah mengenai ciri-ciri menjadi seorang pemimpin yang baik, bertanggungjawab dan berketerampilan telah menarik minat para peserta. Ramai murid yang turut mengambil bahagian dalam sesi soal jawab.

Jumaat, 1 Mei 2009

Sek. Keb. Dato' Bandar Rasah


SK.Dato' Bandar Rasah merupakan sebuah sekolah yang terletak di Jalan Rasah. Murid-muridnya yang terdiri dari berbilang bangsa,iaitu Melayu, India,dan China.Seramai 486 murid yang belajar di sini.Guru Besar SKDBR ialah En.Mohd Idrus bin Ab Wahab,Guru Penolong Kanan 1 Pn.Normar binti Abas,Guru Penolong Kanan HEM En.Mad Yunus bin Ismail dan Guru Penolong Kanan Kokurikulum En.Ibrahim bin Ahmad.SKDBR telah melahirkan ramai pelajar yang berwibawa.
Guru Penyelaras Pusat Sumber Sekolah ialah Puan Messiah binti Kadimin.

PSS Sek. Keb. Dato' Bandar Rasah



antara info - info menarik yang dipamerkan...


Sudut Bacaan

antara sudut bacaan yang disediakan...















susunan yang strategik mampu menarik minat membaca pelajar...

PSS SKDBR


antara info-info tentang program nilam yang dipaparkan...

Aktiviti Pusat Sumber Sekolah





Di antara aktiviti yang dijalankan oleh Pusat Sumber ialah aktiviti "Bulan Membaca".Aktiviti ini dirasmikan oleh Tuan Guru Besar. Pelbagai aktiviti lain yang dijalankan seperti pertandingan bercerita,membuat ulasan buku,kuiz,melukis poster dan lain-lain.Aktiviti ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari murid-murid Tahap Satu dan Tahap Dua.

Aktiviti Bulan Membaca

Ulasan Buku


Salah seorang peserta membuat ulasan buku.

Aktiviti PSS - Kuiz


Kuiz yang diadakan di tapak perhimpunan pagi.

Pertandingan Melukis Poster























Wah,cantiknya lukisan mereka!! berbakatkan??



gelagat lucu pelajar SKDBR sewaktu menyertai pertandingan anjuran PSS...


khusyuknya mewarna...

Watikah Perlantikan Pustakawan '09
















Hashwari dan Taufiq tersimpul manis apabila dilantik sebagai Penolong Pustakawan.

Watikah Perlantikan Pustakawan '09



  • Seramai 35 orang murid telah dilantik menjadi Pengawas Pusat Sumber bagi tahun 2009.
  • Diharapkan agar pustakawan pada tahun ini mampu menjalankan tugas dalm membantu guru menjadikan PSS sebagai tempat rujukan.

Khamis, 30 April 2009

Bengkel Membina Bahan BBM


Bengkel Membina Bahan BBM (Power Point) telah berjaya dilaksanakan pada 25 April 2009. Semua guru terlibat dalam bengkel tersebut. Guru dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan dapat menghasilkan sekurang - kurangnya 1 Power Point bagi mata pelajaran BM, BI, Math, Science, PAI dan KT. Semua guru telah memberikan komitmen yang sangat baik sepanjang sesi dijalankan.