Isnin, 31 Ogos 2009
Perasmian Bulan Kemerdekaan
Program Pecutan Terakhir UPSR
SKDBR telah mengadakan program " Pecutan Terakhir UPSR "bagi semua calon UPSR 2009.Program ini diadakan pada 5 Ogos 2009 bertempat di PJ Perdana,Paroi.Penceramah yang dijemput khas terdiri daripada En. Shahrin b. Kamarudin ( Penyelia Unit HEM JPNS ), Tuan Haji Zulkifli b. Haji Maulud ( Pensyarah IPRM ) dan Pn. Inah Kuala bt. Abdullah ( Guru Bimbingan dan Kaunseling SMK Puteri ) yang bermula seawal 8.30 pagi sehingga 5.00 petang.Calon - calon UPSR didedahkan dengan pelbagai ilmu.
.....semoga dengan pelbagai program yang telah dijalankan untuk kebaikan calon akan membuahkan keputusan yang memberansangkan!!..
Ahad, 30 Ogos 2009
Ceramah Pendidikan Keselamatan Jalan Raya
Ceramah Gangguan Seksual
Sabtu, 13 Jun 2009
Kursus Kepimpinan Pelajar '09

Kursus Kepimpinan Pelajar '09 SKDBR telah diadakan pada 6 Mei '09 bertempat di dewan sekolah. Seramai 118 orang murid menghadiri kursus tersebut yang terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pustakawan, Ketua Darjah, dan Pengerusi Persatuan,Kelab dan Badan Beruniform. En. Tamyes b. Saimun, Guru Besar SK Rahang, telah dijemput untuk menyampaikan ceramahnya pada hari tersebut. Ceramah yang disampaikan adalah mengenai ciri-ciri menjadi seorang pemimpin yang baik, bertanggungjawab dan berketerampilan telah menarik minat para peserta. Ramai murid yang turut mengambil bahagian dalam sesi soal jawab.
Jumaat, 1 Mei 2009
Sek. Keb. Dato' Bandar Rasah
Guru Penyelaras Pusat Sumber Sekolah ialah Puan Messiah binti Kadimin.
Sudut Bacaan
Aktiviti Pusat Sumber Sekolah
Di antara aktiviti yang dijalankan oleh Pusat Sumber ialah aktiviti "Bulan Membaca".Aktiviti ini dirasmikan oleh Tuan Guru Besar. Pelbagai aktiviti lain yang dijalankan seperti pertandingan bercerita,membuat ulasan buku,kuiz,melukis poster dan lain-lain.Aktiviti ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari murid-murid Tahap Satu dan Tahap Dua.
Watikah Perlantikan Pustakawan '09
Khamis, 30 April 2009
Bengkel Membina Bahan BBM
Bengkel Membina Bahan BBM (Power Point) telah berjaya dilaksanakan pada 25 April 2009. Semua guru terlibat dalam bengkel tersebut. Guru dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan dapat menghasilkan sekurang - kurangnya 1 Power Point bagi mata pelajaran BM, BI, Math, Science, PAI dan KT. Semua guru telah memberikan komitmen yang sangat baik sepanjang sesi dijalankan.
Langgan:
Ulasan (Atom)




